Monday, 28 November 2016

Kenapa Kulit Muka Makin Sensitif

Hai semuaa.. Kak Izah nak tanya, ada tak sesiapa yang pernah alami situasi macam ni:
Dulu kulit muka tak ada masalah sangat, tapi sekarang menjadi-jadi masalah dia. Sensitif sangat. Dulu setakat jerawat halus je, sekarang siap merah-merah, dan menggelupas pun ada. Padahal waktu muda remaja kulit tak pernah pun ada masalah tu. Kadang-kadang terkena debu sikit je pun dah gatal-gatal..Pelik kan? Kenapa sekarang kulit dah jadi sensitif??
Tahu tak kenapa? kenapa? Naik pening mikio hari demi hari, kulit muka makin sensitif. Makin menjadi-jadi pulak tu.
Hmmm...maaflah kalau Kak Izah cakap sebenarnya silap kita juga. Terlalu percaya kepada benda di sekeliling kita... Jangan terkejut dengan info yang Kak Izah share ni ye :)
1) Air Paip – Musuh Utama Kulit Wajah
Air Paip
Adik-adik sekalian, air paip ni kalau di negara luar dipanggil ‘hard water’. Bukanlah maksudnya air tu keras, tapi dalam air paip tu banyak sangat bahan yang mampu merosakkan struktur kulit. Klorin, aluminium, dan sebagainya. Sebab tu kulit boleh berubah dari tak sensitif kepada sensitif. Siapa-siapa yang masih guna air paip untuk membasuh muka, tolonglah berhenti ya..sayang dengan kulit tu.
2) Terlalu ‘Cerewet’ Membasuh Muka
Mencuci Muka
Walaupun kulit setiap orang berlainan jenis, tapi ada satu yang sama, iaitu minyak semulajadi. Orang cakap kulit berminyak tak bagus kan? Meh, nak beritahu apa baiknya minyak tu.
Minyak ni fungsinya melawan bakteria di lapisan luar kulit. Bila minyak tu hilang sebab selalu cuci muka, percayalah, muka akak-akak akan jadi lebih sensitif sebab tak mampu lawan bakteria. Selain itu, kulit muka juga akan jadi terlalu kering tanpa minyak itu.
3) Bahan Kimia Dalam Skincare

Sebijak manapun kita mengelak membeli skincare yang tiada merkuri ataupun hydroquinone, bahan-bahan kimia lain tetap hinggap kat muka kita. Cuma kesan dia lama sikit berbanding merkuri tu. Persoalannya, kita dah betul-betul pasti ke bahan tu selamat?
Terkejut ke? Itulah kebenarannya. Untuk sesiapa yang dah terlanjur buat benda-benda di atas tu, jangan risau dan ikut tips Kak Izah ni. Formulanya, bila baca label produk untuk kulit, cari perkataan “tanah liat putih” atau “white clay” dalam bahan dia. Tanah semulajadi ni fungsi dia memperbaiki struktur kulit, dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Mana pulak nak cari produk yang guna tanah liat sebagai bahan utama kan?
Saje Kak Izah nak share la ni…
Dekat Kak Izah sekarang ada satu produk berasaskan tanah liat putih. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal produk ni, bolehlah PM Kak Izah ye. Setakat ni ada pelanggan kulit dah pulih, berbanding dulu sensitif dan menggelupas. Mereka menggunakan Bedak Asmak . Memang berhasil.
Nak dapatkan Bedak Asma'?
Bedak Asma' berasaskan tanah liat.
Hubungi Kak izah melalui whatsapp ye dear? ;)
012 - 676 9367

Saturday, 19 November 2016

PROMO MINYAK HERBA ASMAK MINI RM 15 SAHAJA !

Awak, Kak Izah nak bagitahu ni.
Lepas je tarikh 30 Noember 2016, harga untuk Minyak Herba Asmak bersaiz mini 10 ml akan naik kepada RM 18.
Pada yang belum cuba, boleh cuba sekarang dengan botol mini ni. Sekarang masih harga RM 15 sahaja.
Selepas tarikh 30 November 2016, harga akan kembali pada harga asal ye iaitu RM 18.

Jangan tunggu lama-lama.
Wajib ada 1 rumah 1 Minyak Herba Asmak.
Macam-macam boleh guna untuk seisi keluarga.
Lagi-lagi yang ada anak kecik.




Untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak Mujarab.

-Harga sebotol 
*RM39 (30ml)
*RM15 (10ml) Sehingga 30 Nov 2016
-Poslaju ke Semenanjung RM7
-Poslaju ke Sabah & Sarawak RM10
- Pembelian 3 botol & ke atas, FREE POSLAJU
Telefon/SMS/Whatssapp saya untuk belian : Puan Izah 012-676 9367


Untuk dapatkan maklumat lanjut atau tips-tips kesihatan dan parenting boleh layari Facebook page saya https://facebook.com/BebasAsmaSemputLelah/


"Minyak Herba Asmak...Sapu-sapu dah lega..."

Cuba Dulu Baru Tahu.

Untuk Testimonial Klik Sini
jsfdnhsdfjfdjfsdjjsdfjfdsjfsdj

Monday, 14 November 2016

Tips Didikan Utama Untuk Anak Perempuan

Entri sebelum ni Kak Izah berkongsi serba sedikit tips untuk mendidik anak lelaki. Untuk kali ini dengan masa yang terluang kak Izah kongsikan pula tips untuk mendidik anak perempuan sebagai panduan atau guidelines untuk kita sama-sama berusaha menjadikan anak-anak tergolong dalam orang soleh dan solehah.

Mendidik anak lelaki dan anak perempuan memerlukan pendekatan yang berbeza kerana jelas, sifat antara lelaki dan perempuan sudah jauh berbeza. Cuma apa yang tidak membezakan adalah pembahagian kasih sayang secara adil tanpa mengira jantina, yakni tidak berat sebelah.


Tips Mendidik Anak Perempuan by #MHAMSB



#Tips No.1 Didikan Untuk Anak Perempuan

Mendidik mereka menutup aurat sejak dari kecil dan tidak memakai pakaian yang menyerupai seperti seorang lelaki. Didikan menutup aurat sejak dari kecil ini dapat memupuk sifat malu yang perlu ada dalam seorang wanita muslimah.



#Tips No.2 Didikan Untuk Anak Perempuan

Melatih mereka membuat kerja-kerja di dalam rumah. Beri galakan pada anak perempuan untuk menolong ibu membuat kerja-kerja di dapur, agar kelak mereka tidak merasa kekok untuk membuat kerja rumah apabila ketiadaan ibubapa di sisi mereka. Contoh ketika di asrama. Dan kalau berkesempatan dan peluang ada majlis kenduri-kendara/rewang saudara mara atau jiran, bawa mereka bersama. Belajar menolong memasak, supaya mereka tidak kekok untuk bercampur dalam masyarakat nanti. Lagi-lagi bila mereka akan menjadi menantu orang, mahu risau dan panik masuk dapur orang kan...(pengalaman hehehehe..)


#Tips No.3 Didikan Untuk Anak Perempuan

Elakkan membeli alat permainan kanak-kanak lelaki.




#Tips No.4 Didikan Untuk Anak Perempuan

Latih mereka untuk bersikap sopan santun dan lemah lembut.



#Tips No.5 Didikan Untuk Anak Perempuan

Terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan melahirkan anak apabila mereka akil baligh.


#Tips No.6 Didikan Untuk Anak Perempuan

Latih mereka kemahiran yang patut diketahui oleh seseorang wanita seperti memasak (potong bawang, menyiang ikan, bersihkan ayam potong sayur), membasuh kain, melipat, mengemas rumah, membantu ibu menjaga adik-adik. Ini adalah perlu untuk mereka belajar supaya kelak mereka tidak rasa stress atau tertekan. Jika pengalaman ini mereka telah lalui ketika kecil, inshaAllah Kak Izah yakin, mereka lebih bersedia kerana semua tugas itu telah pernah mereka lalui sebelum ini. Ibarat menjalani "Internship". Dan inshaaAllah mereka tidak kekok menguruskan rumah tangga mereka sendiri.

Jika ada pendapat lain atau tips tambahan, sila-sila lah memberi komen :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak Mujarab.

-Harga sebotol RM39
-Poslaju ke Semenanjung RM6
-Poslaju ke Sabah & Sarawak RM10
- Pembelian 3 botol & ke atas, FREE POSLAJU
Telefon/SMS/Whatssapp saya untuk belian : Puan Izah 012-676 9367


Untuk dapatkan maklumat lanjut atau tips-tips kesihatan dan parenting boleh layari Facebook page saya https://facebook.com/BebasAsmaSemputLelah/


"Minyak Herba Asmak...Sapu-sapu dah lega..."

Cuba Dulu Baru Tahu.

jsfdnhsdfjfdjfsdjjsdfjfdsjfsdj



Sunday, 6 November 2016

Tips Didikan Utama Untuk Anak Lelaki

Anak adalah amanah yang dipinjamkan oleh Allah SWT. Tanggungjawab ibubapa adalah memberi didikan yang terbaik dan sempurna buat anak-anak.
Ramai ibubapa tersilap kerana beranggapan anak-anak adalah hak mutlak mereka dan anak-anak boleh diperlakukan sesuka hati mereka.
Ingatlah, anak-anak boleh menjadi asbab kita ke syurga dan boleh juga jadi sebaliknya.
Melenturlah buluh biarlah dari rebungnya supaya anda tidak menyesal setelah rebung menjadi buluh.
Anak-anak ibarat kain putih,dan ibubapalah yang dipertanggungjawabkan untuk mencorakkannya.


#Tip No.1 Didikan Untuk Anak Lelaki

Latih sifat kepimpinan dalam diri anak lelaki. Biar mereka ada rasa tanggungjawab. Sebagai contoh kita boleh suruh anak lelaki kita tengok-tengokkan adik beradik di sekolah.




#Tip No.2 Didikan Untuk Anak Lelaki

Dekatkan mereka dengan institusi masjid dan latih mereka solat berjemaah. Latih anak lelaki anda untuk menjadi imam solat berjemaah. Sebagai permulaan anda perlu selalu solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga, sambil-sambil itu sentiasa berpesan kepada anak lelaki anda supaya dia perlu jadi imam solat berjemaah bersama adik beradik kelak.
Selalu bawa anak ke masjid, biar anak kita dekat dengan masjid. Biar dia tidak rasa kekok, malah rasa gembira untuk pergi ke masjid. 


#Tip No.3 Didikan Untuk Anak Lelaki

Lebihkan gerak kerja yang lasak, outdoor dan berpanas.
Ajar anak buat kerja lasak, banyakkan aktiviti luar dan jangan takut untuk berpanas dibawah matahari terik.
Disekolah, galakkan mereka untuk sertai aktiviti sukan, unit beruniform dan sebagainya. Dirumah pula, boleh ajak buat aktiviti bersukan dihujung minggu, seperti main bola, atau pergi ke kebun atau membersihkan kawasan halaman rumah.



#Tip No.4 Didikan Untuk Anak Lelaki

Ajarkan ilmu yang perlu diketahui oleh seseorang lelaki seperti ilmu kemahiran hidup. Ini perlu kerana seorang lelaki perlu tahu membuat kerja-kerja asas seperti membaiki paip, bertukang kayu, mesin rumput atau menebas rumput. Jika anda juga mahir membaiki peralatan elektrik atau membaiki basikal / motorsikal, ajari mereka.





#Tip No.5 Didikan Untuk Anak Lelaki

Elakkan membeli alat permainan untuk anak perempuan



#Tip No.6 Didikan Utama Untuk Anak Lelaki

Latih dan cuba mencari peluang menghantar anak anda ke kem-kem motivasi, kem bina diri atau ke luar negara.





#Tip No.7 Didikan Utama Untuk Anak Lelaki

Latih mereka sertai aktiviti kesukarelawan. Selalu ajak dan galakkan anak lelaki untuk ikut serta aktiviti gotong royong. Ini bagi mengajar dia erti hidup bermasyarakat.


Dan akhir sekali, tambahan dari kak Izah secara peribadi, kita sebagai ibubapa perlu letakkan kepercayaan kepada anak. Biarkan mereka mencuba untuk hidup berdikari dan berani membuat keputusan dalam sesuatu hal.

Ini sahaja secara ringkasnya yang dapat saya kongsi bersama tentang tips-tips dalam mendidik anak-anak lelaki. Mungkin perlu ada lagi pertambahan. Apa kata, kongsi pendapat dan pandangan anda atau cara yang anda lakukan dalam mendidik anak, terutamanya anak lelaki di ruangan komen dibawah. 

Mungkin di lain waktu bila ada kelapangan, akan saya kongsikan pula tentang Tips Didikan Utama untuk Anak-anak Perempuan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak Mujarab.

-Harga sebotol RM39
-Poslaju ke Semenanjung RM6
-Poslaju ke Sabah & Sarawak RM10
- Pembelian 3 botol & ke atas, FREE POSLAJU
Telefon/SMS/Whatssapp saya untuk belian : Puan Izah 012-676 9367


Untuk dapatkan maklumat lanjut atau tips-tips kesihatan dan parenting boleh layari Facebook page saya https://facebook.com/BebasAsmaSemputLelah/



"Minyak Herba Asmak...Sapu-sapu dah lega..."

Cuba Dulu Baru Tahu.
jsfdnhsdfjfdjfsdjjsdfjfdsjfsdj





Friday, 4 November 2016

Anak Berak Sembelit.

Adik makan apa semalam? ðŸ‘¶
Merengek tak boleh nak membuang,
Meneran sampai merah muka-muka...
Ada ibu-ibu yang risau ya amat bila jadi camni? Anak-anak menangis bila cuba keluar kan najis sebab sangkut. Nak meneran sakit pulak, sampai merah-merah muka.
Kak Izah jugak ada pengalaman bila anak-anak sembelit. Walau tak pandai bercakap, tapi kak Izah tahu, anak-anak kak Izah seperti minta tolong "mama nak berak, sakit."

Yang mampu kak Izah buat time tu, peluk depa, sapu minyak gamat/afiat di bahagian perut sambil bersalawat. Dan bisikkan di telinga anak, "takpa sayang, mama kat sini." Dalam hati "Ya Allah kasihani anak ku Ya Allah. Permudahkan lah Ya Allah."

Kadang ambik masa sampai satu hari dalam usaha nak keluarkan najis.
Bila berjaya tu memang lega sangat, tapi tengok najis, sampai berdarah.
Lagi sekali, hati risau, macam mana hari akan datang? Esok lusa? Terjadi menda sama atau tak? 
Kak Izah tahu, terjadi nya sembelit berpunca dari pemakanan anak-anak. Sayur, jauh sekali. Buah, bukan hari-hari makan. Air kosong, banyak jugaklah minum. 
Sebagai ibu, bila jadi macam ni terus cari solusi. Apa penawar untuk sembelit bagi memudahkan anak-anak membuang. Perkara pertama yang kak Izah cuba, memberikan anak Minyak Kelapa Dara. 1 sudu. Tapi, bukan senang dan bukan mudah mereka nak terima, sebab salah kak Izah tak perkenalkan dari awal.
Macam kita mencuba sesuatu yang baru, bukan senang kan?
Kemudian kurma. Makan jugak, tapi anak-anak taknak makan setiap hari. Sekali lagi rasa bersalah. Sebab tak terapkan amalan berkurma dari kecik lagi.
Sampailah Kak Izah kenal dengan Minyak Herba Asmak. Beli minyak ni hanya untuk kegunaan anak masa selsema dan batuk. 
Tapi ada ejen terangkan, Minyak Herba Asmak bukan takat berkesan untuk Selsema, batuk & asma, untuk sembelit pun boleh. 
Kerana kebaikan minyak kelapa dara, Habatussauda dan pati gamat yang cepat menyerap ke kulit. Apalagi, kak Izah tawakal saja pada Allah. 


Sekarang senang jer, sapu kat perut, belakang, pastu urut-urut sikit. 
Bila tiba hari nak membuang, Alhamdulillah, lancar.

Senang dah sekarang dek non. Tak payah fikir dah nak masuk ubat bontot, tak payah fikir nak sumbat anak makan supplement yang depa tak suka.
Sapu-sapu ja dengan Minyak Herba Asmak. ðŸ˜Š
Lega bila dapat solusi yang mudah dan berkesan. Malah banyak kegunaan selain untuk batuk, selsema & asma.
Kat sini Kak Izah sertakan jugak #Testimonial Sembelit dari pengguna-pengguna Minyak Herba Asmak. Walau in sekadar testimoni, tapi Kak Izah amat berharap yang Minyak Herba Asmak ini dapat membantu anak-anak kecil, membantu ibu-ibu lain keluar dari perasaan bimbang dan risau setiap kali anak-anak kecil bila hendak membuang.

#Testimonial 1 Sembelit by #MHAMSB 

#Testimonial 2 Sembelit by #MHAMSB

#Testimonial 3 Sembelit by #MHAMSB

Boleh contact kak Izah untuk dapatkan Minyak Herba Asmak Mujarab.

-Harga sebotol RM39
-Poslaju ke Semenanjung RM6
-Poslaju ke Sabah & Sarawak RM10
- Pembelian 3 botol & ke atas, FREE POSLAJU
Telefon/SMS/Whatssapp saya untuk belian : Puan Izah 012-676 9367


Untuk dapatkan maklumat lanjut atau tips-tips kesihatan dan parenting boleh layari Facebook page saya https://facebook.com/BebasAsmaSemputLelah/


"Minyak Herba Asmak...Sapu-sapu dah lega..."

Cuba Dulu Baru Tahu.