10 Bahan Semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat penyakit Asma:
1) Daun Sirih.
Cara: Dengan merebus daun sirih bersama gula batu pekat. Biarkan suam dan minum rebusan berkenaan dengan segera. Sekiranya sakit dada ketika serangan asma, layur daun sirih di atas api dan tampalkan pada dada.
2) Madu Asli
Cara: Amalkan dengan pengambilan madu asli, minum sebanyak 1 atau 2 sudu besar sekali setiap hari. Bagi kanak-kanak kecil, dosnya perlu dikurang sedikit iaitu 1/2 atau 1 sudu teh kecil sahaja.
Peringatan : Bayi di bawah umur 1 tahun tidak digalakkan mengambil madu.
3) Hati Unta
Cara: Dapatkan hati unta yang telah dikeringkan, potong nipis dan goreng tanpa minyak hingga menjadi arang. Selepas itu, tumbuk menjadi serbuk, masukkan sedikit serbuk dalam segelas air mendidih, biarkan sejuk atau suam dengan sendirinya, ditapis dan diminum airnya. Amalkan setiap malam sehingga merasai kesan perubahannya.
4) Bunga Kecubung.
Cara : Jemur beberapa bunga kecubung dan kemudian gulung seperti rokok daun. Pasang api dan hisap daun kecubung ini.
5) Bawang Putih
Cara : Ambil 5 ulas bawang putih dan hiris nipis. Rebus hirisan berkenaan dengan segelas air, biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh dan sejukkan dalam suhu bilik. Apabila sejuk tambahkan 1 sudu teh madu asli dan amalkannya pada setiap pagi selama 10 hari berturut-turut.
6) Daun Pegaga.
Cara : Keringkan daun ulam berkenaan, rebus dan minum airnya ketika suam.
7) Daun Ati-ati.
Cara : Daun berwarna ungu seperti daun keladi, tetapi bersaiz kecil. Rasanya lembut seperti daun baldu. Sebelum tidur, basuh daun ati-ati sehingga lembap dan sapukan ke dada. Gosok sehingga kering pada dada, amalkan bacaan Al-Fatihah atau doa penyembuh penyakit ketika menggosok.
8) Susu Kambing
Cara : Minum susu segar kambing setiap hari.
9) Bawang Merah.
Cara : Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut, kisar dan tapis airnya. Minum air rebusan ini selama seminggu.
10) Bunga Kenanga.
Cara : Celur 3 kuntum bunga kenanga selama 5 minit dalam semangkuk air panas. Minum air ini beberapa kali dalam seminggu.
Jika anda merasakan susah untuk mengamalkannya atau sukar mendapat bahan-bahan yang dinyatakan seperti di atas, boleh lah mencuba Minyak Herba Asmak yang mendapat feedback positif dari ribuan pengguna yang menyatakan keberkesanannya dalam membantu mengurangkan rasa sakit asma. Malah ada yang telah memberitahu penggunaan inhaler sangat jarang berbanding sebelum menggunakan Minyak Herba Asmak. Yang paling seronok didengar apabila tidak perlu memakai inhaler lagi.
Testimoni Minyak Herba Asmak Mujarab |
Minyak Herba Asmak RM 39 Sebotol 30ml |
Jika berminat boleh dapatkan dari saya dengan menghubungi melalui SMS/Whatsapp ke 012-676.9367.
Bagi yang tinggal di kawasan Klang Valley (Petaling Jaya Selatan) boleh dapatkan sendiri melalui COD.
Untuk dapatkan maklumat lanjut atau tips-tips kesihatan dan parenting boleh layari Facebook page saya : https://facebook.com/BebasAsmaSemputLelah/
"Minyak Herba Asmak...Sapu-sapu dah lega..."
Cuba Dulu Baru Tahu.
No comments:
Post a Comment