Wednesday, 26 October 2016

PENAFIAN FITNAH TERHADAP PRODUK KELUARAN MHAMSB

Saban hari kami menerima laporan dan aduan dari pelanggan dan agen berkenaan beberapa buah page dan website yang jelas cuba memburukkan produk keluaran kami.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari syarikat :

1- Pihak syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) menafikan segala tuduhan dari pihak yang berkenaan.

2- Untuk info semua,pihak berkenaan adalah pihak yang tidak mahu berbincang,tidak akan menjawab panggilan,tidak membalas SMS/block pihak syarikat di whatsapp,dan pernah bertemu tetapi membisu seribu bahasa.Apa yang kami boleh katakan mereka adalah "keyboard warrior".

3- Kenapa mereka menggunakan fb dan website sebagai medan untuk menabur fitnah sedangkan negara ini ada undang-undang?Anda boleh nampak sendiri.

4- Pihak syarikat MHAMSB dalam proses mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan dan kami telah dan sedang mengumpul 1) bukti fitnah mereka 2) bukti kesan dari fitnah dan cerita mereka 3) bukti segelintir pelanggan yang terpedaya dengan kisah rekaan mereka dan banyak lagi

5- Oleh itu,kami mohon kepada yang terpedaya pada cerita sebelah pihak agar selidik terlebih dahulu sebelum mempercayainya kerana pihak ini sangat bijak mempergunakan agama dan cuba memperdaya orang ramai dengan mengadakan hologram yang ditempah konon untuk membuktikan minyak mereka original dan menuduh minyak keluaran syarikat sebagai tiruan.Apa bukti minyak mereka original dan minyak keluaran syarikat kami tiruan?

6- Kami mempunyai hitam putih produk ini,ada syarikat yang berdaftar,ada acc syarikat yang sah dan dipantau oleh pihak berwajib,ada trademark dan banyak lagi.Apa bukti mengatakan minyak keluaran MHAMSB tiruan?

7- Kami mempunyai lebih kurang 1000 orang pengedar sekarang di seluruh Malaysia dan ratusan testimoni diterima setiap minggu,adakah ianya juga "tiruan"?

8- Biasanya produk *tiruan* kita tak tahu siapa pengeluar,tiba-tiba ada di pasaran.Produk label MHAM ini,pengeluarnya Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd,rekod ada di SSM nama owner, alamat dan IC,ada apa-apa semua orang tahu nak cari siapa.Malangnya yang mengaku original dan menuduh produk MHAMSB tiruan ini,sehingga kini semua orang tidak tahu apa nama syarikat yang mengeluarkannya,siapa yang akan bertanggungjawab dan hanya menjual nama seorang "pakcik" yang tidak ada siapa tahu kewujudannya.

Adakah logik yang dikatakan *ORI* tetapi tidak diketahui siapa pengeluarnya dan yang dikatakan *TIRUAN* semua orang tahu siapa pengeluarnya?
Kenapa tidak ada tindakan dari pihak yang mengaku ori selain dari memfitnah di media sosial.Pihak kami sedang menggunakan saluran yang betul untuk membawa pihak pemfitnah ini ke muka pengadilan.

9- Anda boleh lihat sendiri di page fb syarikat dan website syarikat kami fokus pada marketing dan memberikan info pada masyarakat,bukan menjadi pihak yang cuba mencuri pelanggan dengan cara memburuk-burukkan orang lain.

Kesimpulannya anda nilailah sendiri,dengan mata hati yang ikhlas.

Mohd Selodi Md Ghazali 
Nor Fazilah Abd Mohd 
Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd 1189521- H

No comments:

Post a Comment