Sunday 6 November 2016

Tips Didikan Utama Untuk Anak Lelaki

Anak adalah amanah yang dipinjamkan oleh Allah SWT. Tanggungjawab ibubapa adalah memberi didikan yang terbaik dan sempurna buat anak-anak.
Ramai ibubapa tersilap kerana beranggapan anak-anak adalah hak mutlak mereka dan anak-anak boleh diperlakukan sesuka hati mereka.
Ingatlah, anak-anak boleh menjadi asbab kita ke syurga dan boleh juga jadi sebaliknya.
Melenturlah buluh biarlah dari rebungnya supaya anda tidak menyesal setelah rebung menjadi buluh.
Anak-anak ibarat kain putih,dan ibubapalah yang dipertanggungjawabkan untuk mencorakkannya.


#Tip No.1 Didikan Untuk Anak Lelaki

Latih sifat kepimpinan dalam diri anak lelaki. Biar mereka ada rasa tanggungjawab. Sebagai contoh kita boleh suruh anak lelaki kita tengok-tengokkan adik beradik di sekolah.




#Tip No.2 Didikan Untuk Anak Lelaki

Dekatkan mereka dengan institusi masjid dan latih mereka solat berjemaah. Latih anak lelaki anda untuk menjadi imam solat berjemaah. Sebagai permulaan anda perlu selalu solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga, sambil-sambil itu sentiasa berpesan kepada anak lelaki anda supaya dia perlu jadi imam solat berjemaah bersama adik beradik kelak.
Selalu bawa anak ke masjid, biar anak kita dekat dengan masjid. Biar dia tidak rasa kekok, malah rasa gembira untuk pergi ke masjid. 


#Tip No.3 Didikan Untuk Anak Lelaki

Lebihkan gerak kerja yang lasak, outdoor dan berpanas.
Ajar anak buat kerja lasak, banyakkan aktiviti luar dan jangan takut untuk berpanas dibawah matahari terik.
Disekolah, galakkan mereka untuk sertai aktiviti sukan, unit beruniform dan sebagainya. Dirumah pula, boleh ajak buat aktiviti bersukan dihujung minggu, seperti main bola, atau pergi ke kebun atau membersihkan kawasan halaman rumah.



#Tip No.4 Didikan Untuk Anak Lelaki

Ajarkan ilmu yang perlu diketahui oleh seseorang lelaki seperti ilmu kemahiran hidup. Ini perlu kerana seorang lelaki perlu tahu membuat kerja-kerja asas seperti membaiki paip, bertukang kayu, mesin rumput atau menebas rumput. Jika anda juga mahir membaiki peralatan elektrik atau membaiki basikal / motorsikal, ajari mereka.





#Tip No.5 Didikan Untuk Anak Lelaki

Elakkan membeli alat permainan untuk anak perempuan



#Tip No.6 Didikan Utama Untuk Anak Lelaki

Latih dan cuba mencari peluang menghantar anak anda ke kem-kem motivasi, kem bina diri atau ke luar negara.





#Tip No.7 Didikan Utama Untuk Anak Lelaki

Latih mereka sertai aktiviti kesukarelawan. Selalu ajak dan galakkan anak lelaki untuk ikut serta aktiviti gotong royong. Ini bagi mengajar dia erti hidup bermasyarakat.


Dan akhir sekali, tambahan dari kak Izah secara peribadi, kita sebagai ibubapa perlu letakkan kepercayaan kepada anak. Biarkan mereka mencuba untuk hidup berdikari dan berani membuat keputusan dalam sesuatu hal.

Ini sahaja secara ringkasnya yang dapat saya kongsi bersama tentang tips-tips dalam mendidik anak-anak lelaki. Mungkin perlu ada lagi pertambahan. Apa kata, kongsi pendapat dan pandangan anda atau cara yang anda lakukan dalam mendidik anak, terutamanya anak lelaki di ruangan komen dibawah. 

Mungkin di lain waktu bila ada kelapangan, akan saya kongsikan pula tentang Tips Didikan Utama untuk Anak-anak Perempuan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak Mujarab.

-Harga sebotol RM39
-Poslaju ke Semenanjung RM6
-Poslaju ke Sabah & Sarawak RM10
- Pembelian 3 botol & ke atas, FREE POSLAJU
Telefon/SMS/Whatssapp saya untuk belian : Puan Izah 012-676 9367


Untuk dapatkan maklumat lanjut atau tips-tips kesihatan dan parenting boleh layari Facebook page saya https://facebook.com/BebasAsmaSemputLelah/



"Minyak Herba Asmak...Sapu-sapu dah lega..."

Cuba Dulu Baru Tahu.
jsfdnhsdfjfdjfsdjjsdfjfdsjfsdj





No comments:

Post a Comment