Monday 14 November 2016

Tips Didikan Utama Untuk Anak Perempuan

Entri sebelum ni Kak Izah berkongsi serba sedikit tips untuk mendidik anak lelaki. Untuk kali ini dengan masa yang terluang kak Izah kongsikan pula tips untuk mendidik anak perempuan sebagai panduan atau guidelines untuk kita sama-sama berusaha menjadikan anak-anak tergolong dalam orang soleh dan solehah.

Mendidik anak lelaki dan anak perempuan memerlukan pendekatan yang berbeza kerana jelas, sifat antara lelaki dan perempuan sudah jauh berbeza. Cuma apa yang tidak membezakan adalah pembahagian kasih sayang secara adil tanpa mengira jantina, yakni tidak berat sebelah.


Tips Mendidik Anak Perempuan by #MHAMSB



#Tips No.1 Didikan Untuk Anak Perempuan

Mendidik mereka menutup aurat sejak dari kecil dan tidak memakai pakaian yang menyerupai seperti seorang lelaki. Didikan menutup aurat sejak dari kecil ini dapat memupuk sifat malu yang perlu ada dalam seorang wanita muslimah.



#Tips No.2 Didikan Untuk Anak Perempuan

Melatih mereka membuat kerja-kerja di dalam rumah. Beri galakan pada anak perempuan untuk menolong ibu membuat kerja-kerja di dapur, agar kelak mereka tidak merasa kekok untuk membuat kerja rumah apabila ketiadaan ibubapa di sisi mereka. Contoh ketika di asrama. Dan kalau berkesempatan dan peluang ada majlis kenduri-kendara/rewang saudara mara atau jiran, bawa mereka bersama. Belajar menolong memasak, supaya mereka tidak kekok untuk bercampur dalam masyarakat nanti. Lagi-lagi bila mereka akan menjadi menantu orang, mahu risau dan panik masuk dapur orang kan...(pengalaman hehehehe..)


#Tips No.3 Didikan Untuk Anak Perempuan

Elakkan membeli alat permainan kanak-kanak lelaki.




#Tips No.4 Didikan Untuk Anak Perempuan

Latih mereka untuk bersikap sopan santun dan lemah lembut.



#Tips No.5 Didikan Untuk Anak Perempuan

Terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan melahirkan anak apabila mereka akil baligh.


#Tips No.6 Didikan Untuk Anak Perempuan

Latih mereka kemahiran yang patut diketahui oleh seseorang wanita seperti memasak (potong bawang, menyiang ikan, bersihkan ayam potong sayur), membasuh kain, melipat, mengemas rumah, membantu ibu menjaga adik-adik. Ini adalah perlu untuk mereka belajar supaya kelak mereka tidak rasa stress atau tertekan. Jika pengalaman ini mereka telah lalui ketika kecil, inshaAllah Kak Izah yakin, mereka lebih bersedia kerana semua tugas itu telah pernah mereka lalui sebelum ini. Ibarat menjalani "Internship". Dan inshaaAllah mereka tidak kekok menguruskan rumah tangga mereka sendiri.

Jika ada pendapat lain atau tips tambahan, sila-sila lah memberi komen :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak Mujarab.

-Harga sebotol RM39
-Poslaju ke Semenanjung RM6
-Poslaju ke Sabah & Sarawak RM10
- Pembelian 3 botol & ke atas, FREE POSLAJU
Telefon/SMS/Whatssapp saya untuk belian : Puan Izah 012-676 9367


Untuk dapatkan maklumat lanjut atau tips-tips kesihatan dan parenting boleh layari Facebook page saya https://facebook.com/BebasAsmaSemputLelah/


"Minyak Herba Asmak...Sapu-sapu dah lega..."

Cuba Dulu Baru Tahu.

jsfdnhsdfjfdjfsdjjsdfjfdsjfsdj



No comments:

Post a Comment